BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 1, 2009

TUGASAN 3:KOLOKIUM DPLI JANUARI 09 : ULASAN PEMBENTANGAN KAJIAN TINDAKAN DI PALM GARDEN HOTEL






THE EFFECTIVENESS OF STUDENTS TEAMS ACHIEVEMENT DIVISIONS (STAD) IN TEACHING FORM 2 SCIENCE IN VICTORIA INSTITUTION 
BY CHIONG AI HUA & SAW YING YU 

a. Pernyataan Masalah 
Sesetengah pelajar mempunyai mempunyai penumpuan dan minat yang rendah dalam mata pelajaran Sains. Keadaan ini disebabkan kebanyakan guru lebih gemar menggunakan pendekatan sehala iaitu yang berpusatkan guru. Maka, kajian ini dilakukan untuk mengkaji keberkesanan kaedah Pembahagian Pencapaian Kumpulan Pelajar atau Student Teams Achievement Divisions (STAD) sebagai alternatif strategi pengajaran dan pembelajaran dan meningkatkan motivasi serta penglibatan pelajar dalam mata pelajaran Sains.

b. Metodologi Kajian 
Metodologi 
Kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan model Kemmis dan McTaggart (1983). Prosedur yang terllibat ialah pembentangan kelas, perbincangan kumpulan, kuiz, skor individu dan skor kumpulan berdasarkan topik yang telah ditentukan oleh guru. Pembahagian kumpulan dilakukan berdasarkan pencapaian pelajar secara samarata yang melibatkan percampuran pelajar berpencapaian tinggi dan pelajar berpencapaian rendah.

Setting Kajian 
Kajian ini dijalankan di dalam sesi pembelajaran di makmal sains. Tempoh kajian dijalankan mengambil masa selama dua belas (12) minggu. Sampel Kajian Sampel kajian yang digunakan ialah pelajar tingkatan 2 seramai 30 orang.

c. Pengumpulan dan Analisis Data 
Pengumpulan Data 
Data dikumpul berdasarkan markah yang diberikan untuk pembentangan kelas, perbincangan kumpulan dan kuiz. Hasil tambah markah pembentangan kelas dan markah kuiz digunakan untuk analisis data.

Penganalisaan Data 
Pemerhatian terhadap motivasi dan penglibatan pelajar dilihat pada 3 kitaran. Data dikumpul hasil pemerhatian oleh guru-guru lain dan juga ketepatan masa pelajar memasuki makmal. Pada kitar 1, pelajar tidak menunjukkan kesan yang signifikan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka masih belum boleh menyesuaikan diri dengan kaedah STAD. Kerjasama di antara pelajar juga masih belum ketara dalam menjalankan tugasan berkumpulan. Pada kitar 2 dan 3, pelajar menunjukkan perubahan yang positif secara beransur-ansur walaupun berlaku sedikit kesilapan dalam melaksanakan tugasan berkumpulan. Akhirnya, pelajar dapat mencetuskan kreativiti dalam tugasan yang dilaksanakan di samping memupuk semangat kerjasama yang tinggi.

d. Implikasi kajian 
Hasil kajian menunjukkan bahawa kaedah STAD ini telah dapat meningkatkan motivasi dan penglibatan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains. Melalui kaedah ini juga pelajar lebih mudah memahami isi pengajaran kerana wujudnya kerjasama di dalam kumpulan dan dengan bantuan guru sebagai pemudahcara. Kaedah ini juga dapat meningkatkan kemahiran pelajar di samping menambah keyakinan dalam diri mereka.

e. Apa yang Dipelajari daripada Kajian tersebut.
Kaedah ini telah memberi idea baru untuk merancang pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkualiti. Guru bertindak sebagai pembimbing untuk mencetuskan idea dan memberi semangat dan keyakinan kepada pelajar agar mereka lebih berani mengutarakan pendapat sambil berkongsi ilmu dengan rakan-rakan yang lain. Kaedah ini juga bukan sahaja boleh digunakan untuk mata pelajaran Sains sahaja malah boleh juga digunakan untuk mata pelajaran lain yang difikirkan sesuai.

f. Cadangan dan Penambahbaikan 
Terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan kepada kajian ini. Kajian ini sesuai jika dilanjutkan bagi memberi ruang dan masa kepada pelajar untuk menyesuaikan diri dengan pendekatan yang baru dalam pembelajaran mereka. Di samping itu, guru juga akan mempunyai lebih masa dan ruang untuk mengenalpasti kelemahan pelajar dan menrancang suatu pendekatan lain untuk mengatasi kelemahan pelajar tersebut.Selain itu, guru bertanggungjawab mengekalkan motivasi pelajar dengan memberikan peneguhan positif. Guru juga boleh mengubahsuai kaedah ini agar lebih menarik dan mengaplikasikan pendekatan kooperatif yang lain agar gaya pembelajaran mereka pelbagai dan lebih bermakna.

g. Ulasan Pembaca
Kajian yang dilakukan oleh pengkaji menepati dengan konsep kajian tindakan. Namun, dari segi penulisan tajuk harus diperbaiki. Adalah lebih sesuai jika tajuk kajian lebih menumpukan kepada pendekatan yang digunakan berbanding meletakkan objektif kajian agar tajuk kajian lebih ringkas dan padat.

0 comments:

SLAID ULASAN BUKU