BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 4, 2009

AKTIVITI 13: TUGASAN 4 MINI KT



Kaedah yang boleh digunakan ialah Pembelajaran Berasaskan Masalah(PBM). PBM merupakan satu proses pembelajaran di mana masalah merupakan pemandu utama ke arah pembelajaran tersebut. Boud dan Tamblyn (1980) mendefinisikan PBM sebagai
...the learning which result from the process of working towards the understanding of, or resolution of, a problem.
Margetson (1991) pula menganggap PBM sebagai konsep pengetahuan, pemahaman dan pendidikan secara mendalam berbeza daripada kebanyakan konsep yang terletak di bawah pembelajaran berasaskan mata pelajaran.


·    Bina kerangka teoritikal / konseptual/ operasional kajian
Model pembelajaran kognitif-konstruktivis dipilih untuk menjadi tunggak utama dalam kajian ini. Menyelesaikan masalah yang melibatkan peranan kognitif dalam memproses maklumat yang diperolehi berdasarkan masalah yang diberikan. Pemahaman pelajar terhadap masalah yang dikemukakan merupakan aktiviti kognitif di mana pelajar perlu bersikap aktif untuk berfikir dan ini adalah hasil sumbangan daripada pengalaman atau pengetahuan sedia ada pelajar.

AKTIVITI 12: PEMURNIAN

Tajuk Mini Kajian Tindakan
Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) Melalui Tayangan Video
Oleh;
(Farizan, Jumarni, Noorasmah)


Matlamat Kajian
Menarik minat dan penglibatan pelajar dalam proses P&P serta meningkatkan kefahaman dan daya ingatan pelajar terhadap konsep dan fakta dalam matapelajaran Sains dan Perdagangan.


Objektif Kajian

  1. Memudahkan pelajar dalam proses memahami secara konsep secara mendalam tentang sesuatu topik yang dipelajari
  2. Untuk meningkatkan tahap daya ingatan pelajar di dalam mengingati sesuatu konsep dan fakta yang dipelajari.
  3. Menarik minat pelajar untuk memberi tumpuan yang baik terhadap proses P&P yang sedang dijalankan
  4. Menjana pemikiran kreatif dan kritis dalam kalangan pelajar dalam proses pembelajaran.

Persoalan kajian


1.Bagaimana pendekatan pembelajaran berasaskan masalah dapat membantu
   pelajar dalam menguasai serta memahami sesuatu konsep secara
   mendalam? 

2.Adakah pendekatan pembelajaran berasaskan masalah dapat meningkatkan
   tahap daya ingatan pelajar terhadap sesuatu konsep?

3.Adakah kaedah pendekatan pembelajaran berasaskan masalah dapat
   meningkatkan penglibatan dan minat pelajar dalam pembelajaran subjek 
   perdagangan dan sains? 

4.Adakah pendekatan pembelajaran berasaskan masalah dapat menjana 
   pemikiran kreatif dan kritis di kalangan pelajar?

AKTIVITI 11 TUGASAN 2: JURNAL



JURNAL 1
DEVELOPING CAPACITY FOR SOCIAL AND EMOTIONAL GROWTH: AN ACTION RESEARCH PROJECT
(MARY DOVESTON,2007, The University of  Northampton, The Author, Journal Compilation)
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk memperbaiki hubungan pelajar di dalam bilik darjah. 
Kanak-kanak berumur di antara tujuh hingga sembilan tahun didapati sukar untuk bekerjasama dan bermain bersama-sama.

JURNAL 2

THE EFFECTS OF PICTURES AND PROMPTS ON THE WRITING OF STUDENTS IN PRIMARY GRADES: ACTION RESEARCH BY GRAADUATE STUDENTS AT CALIFORNIA STATE UNIVERSITY, NORTHRIDGE
(MARILYN JOSHUA, California State University, Northridge)
Guru mendapati suatu kesukaran untuk menggalakkan penulisan di kalangan pelajar sekolah rendah. Proses penulisan mereka dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti sikap mereka terhadap penulisan, kebolehan menulis, minat terhadap tajuk penulisan, latar belakang pengetahuan dan pengalaman. Antara strategi yang digunakan oleh guru ialah penggunaan prompt . Penggunaan gambar dan sebarang bentuk visual yang lain sangat masyhur kerana gambar dapat membangkitkan idea dan pandangan pelajar untuk menulis tentang sesuatu seterusnya menghasilkan penulisan deskriptif. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji respons kanak-kanak sekolah rendah apabila ditugaskan untuk menulis karangan berdasarkan bantuan gambar berbanding menulis karangan tanpa gambar.  

JURNAL 3
ACTION RESEARCH IN THE CLASSROOM: 
A PROCESS THAT FEEDS THE SPIRIT OF THE ADOLESCENT
(HILARY BROWN, Brock University, International Journal of Qualitative Methods, 2004)
Kajian ini dilakukan untuk memperbaiki kualiti komuniti di dalam bilik darjah. Kepentingan pendekatan yang seimbang agar perkembangan intelek pelajar selaras dengan perkembangan sosial, emosi, rohani dan jasmani.

Wednesday, December 2, 2009

AKTIVITI 10 TUGASAN 1: MENGENALPASTI MASALAH KT

MENGENALPASTI MASALAH

Asas-asas Proses Kajian Tindakan

  1. Mengamati dan mengimbas amalan semasa
  2. Kenalpasti aspek yang ingin diperbaiki
  3. Membayangkan tindakan yang akan diambil
  4. Cuba laksanakan tindakan tersebut dan lihat apa yang akan berlaku
  5. Daripada hasil yang dicapai, lakukan perubahan pada perancangan dan buat tindakan semua.
  6. Nilai hasil kajian dan sekiranya tidak mencapai objektif yang ditetapkan, mengubahsuai  tindakan tersebut sehingga objektif tercapai.



Guru-guru sering mempunyai persoalan yang bermain-main dikotak fikiran mereka yang harus mereka kaji. Namun, persoalan kajian tersebut terhad kepada persoalan yang bermakna dan boleh dilaksanakan dalam tugas seharian mereka. Perancangan yang teliti pada peringkat awal kajian dapat mengelakkan kekecewaan.
Beberapa kriteria perlu diambil kira sebelum memulakan sesuatu kajian:
  • Persoalan yang dipertimbangkan seharusnya berada pada tahap tinggi dan bukan sekadar memenuhi jawapan ya/tidak
  • Kajian yang mudah difahami
  • Kajian yang ringkas dan jelas
  • Kajian yang mudah difahami
 Panduan yang penting dalam memilih persoalan ialah perkara yang mempunyai pengaruh guru. Atau adakah persoalan merupakan sesuatu yang diminati dan berbaloi dengan usaha dan masa yang akan dihabiskan? Kadangkala terdapat juga masalah yang diskret yang telah dikenalpasti. Atau, masalah yang dikaji mungkin hadir disebabkan ketidakselesaan dan tekanan di dalam bilik darjah. Sebagai contoh, guru mempunyai strategi pengajaran yang terbaru dan canggih, namun guru tidak dapat mengenal pasti sejauh mana pengetahuan pelajar dalam pembelajaran.


Bagaimana kajian tindakan boleh dilaksanakan ?

1.KAEDAH PEMERHATIAN DAN PENCERITAAN
a)Data Penceritaan (narrative data)
Pemerhatian menggunakan setting semulajadi tingkahlaku yang dikaji. Contohnya, pengkaji university akan masuk dalam bilik darjah untuk mengkaji kesan projek perintis.

b)Pemerhatian peserta(participant observation)
Amalan kajian yang dilakukan dengan mengambil bahagian dalam kumpulan sosial yang sedang dikaji.

c)Rakaman anekdot(anectodal records)
Merupakan verbatim-penceritaan. Perkara yang bermakna akan diperhatikan dalam setting kajian. Setiap anekdot akan dicatat secepat mungkin selepas ia berlaku.

d)diari/journal
Merupakan dokumen peribadi.

e)Rakaman video(videotape record)

f)fotografi
 
2.TEKNIK BUKAN PEMERHATIAN,TINJAUAN DAN LAPORAN KENDIRI
a) Soal selidik
 
b)Temubual
 
3.KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH DAN ANALISA "DISCOURSE"
a)Perbincangan berkumpulan
 
b)Sumbangsaran
 
4.KAEDAH REFLEKSI-KRITIKAL DAN KAJIAN PENILAIAN
a)Triangulasi
Bertujuan untuk mengukuhkan kebolehpercayaaan dan kesahan kajian daripada bukti yang berbeza supaya perbandingan dapat dibuat. Contohnya triangulasi antara teori konstruktivisme,kaedah serta data iaitu samada pelajar dan pengkaji.




SLAID ULASAN BUKU