BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, November 24, 2009

AKTIVITI 9 TUGASAN 4 MINI KT


Tajuk Mini Kajian Tindakan
Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) Melalui Tayangan Video
Oleh;
(Farizan, Jumarni, Noorasmah)


Matlamat Kajian
Menarik minat dan penglibatan pelajar dalam proses P&P serta meningkatkan kefahaman dan daya ingatan pelajar terhadap konsep dan fakta dalam matapelajaran Sains dan Perdagangan.


Objektif Kajian

  1. Memudahkan pelajar dalam proses memahami secara konsep secara mendalam tentang sesuatu topik yang dipelajari
  2. Untuk meningkatkan tahap daya ingatan pelajar di dalam mengingati sesuatu konsep dan fakta yang dipelajari.
  3. Menarik minat pelajar untuk memberi tumpuan yang baik terhadap proses P&P yang sedang dijalankan
  4. Menjana pemikiran kreatif dan kritis dalam kalangan pelajar dalam proses pembelajaran.

Persoalan kajian

  1. Bagaimana pendekatan pembelajaran berasaskan masalah dapat membantu pelajar dalam menguasai serta memahami sesuatu konsep secara mendalam serta dapat meningkatkan tahap daya ingatan pelajar terhadap sesuatu konsep tersebut?
  2. Adakah kaedah pendekaran pembelajaran berasaskan masalah dapat meningkatkan penglibatan dan minat pelajar dalam pembelajaran subjek perdagangan dan sains?

AKTIVITI 8 TUGASAN 4: MINI KT


CADANGAN: 
Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah Melalui Tayangan Video
  • Pendekatan ini dapat melatih pemikiran pelajar secara analitikal dan kritikal supaya dapat mewujudkan kemahiran yang dapat membantu mereka dalam memahami sesuatu konsep secara mendalam.
  • Interaksi yang wujud di kalangan pelajar secara kolaboratif dapat meningkatkan prestasi, keseronokan dan minat untuk menyertai P&P

AKTIVITI 6 & 7 TUGASAN 4: MINI KT


Kekuatan subjek Perdagangan dan Sains
  • Berkait rapat dengan kehidupan seharian pelajar. Keadaan ini memudahkan untuk guru memberi penerangan dengan menunjukkan contoh yang berlaku di sekitar kehidupan pelajar seharian.
  • Pelbagai aktiviti boleh dijalankan mengikut kesesuaian topik matapelajaran selaras dengan perkembangan semasa.
  • Guru banyak menggunakan kaedah pengajaran melalui tunjuk cara (eksperimen).

Kelemahan subjek Perdagangan dan Sains

  • Banyak fakta dan konsep yang sukar untuk diingati oleh pelajar, walaupun mungkin pelajar memahami maksud konsep tersebut.
  • sukar untuk mengaplikasikan pengetahuan di dalam kehidupan seharian.
  • Pelajar sukar untuk menjawab soalan yang berbentuk aplikasi ketika dalam peperiksaan kerana mereka selalunya hanya akan menghafal konsep tanpa memahami pengertian konsep tersebut.
  • Pembelajaran yang lebih kepada berpusatkan guru dimana lebih tertumpu kepada pemberian nota kepada pelajar. Pelajar sibuk untuk menyalin nota yang ditunjukkan oleh guru tanpa memberi perhatian kepada penerangan yang diberikan.
  • ABM/BBM yang tidak menarik
  • Bahasa pengantar yang digunakan. Perubahan kepada bahasa Inggeris menyebabkan kebanyakan pelajar tidak minat dan merasakan subjek ini semakin
  • Pelajar lemah dalam pengetahuan sains
  • Masalah maklum balas di dalam kelas. Kurang penyertaan daripada pelajar di dalam kelas

Saturday, November 14, 2009

AKTIVITI 5: TUGASAN 1 BUKU & TUGASAN 4 MINI KT

 MENGAPA guru (pelatih/novis/berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan.

1. UNTUK MEMPERBAIKI AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
2. UNTUK BERKONGSI ILMU PENGAJARAN KEPADA UMUM
3. UNTUK MENJANA KREATIVITI GURU DENGAN MEWUJUDKAN SUATU PENDEKATAN
    PENGAJARAN TERBARU DAN PELBAGAI
4. UNTUK MENYELESAIKAN SESUATU MASALAH YANG DIHADAPI OLEH SESUATU
    KELOMPOK ATAU ORGANISASI
5. UNTUK MEMPERBAIKI SOSIOEMOSI PELAJAR DALAM PEMBELAJARAN
6. MENINGKATKAN POTENSI AMALAN PENGAJARAN SEORANG GURU
7. MENINGKATKAN POTENSI AMALAN DI TEMPAT KERJA



Mini kajian tindakan

Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah Melalui Tayangan Video


Permasalah kajian:

Subjek Sains dan Perdagangan merupakan dua subjek yang banyak melibatkan konsep dan fakta yang perlu diketahui oleh setiap pelajar bagi mencapai matlamat dan objektif pembelajaran bagi subjek tersebut. Walau bagaimanapun, kebanyakan pelajar mengalami masalah dalam mengingat dan memahami konsep dan fakta yang telah dibincangkan. Salah satu faktor yang menyumbang kepada permasalahan tersebut adalah disebabkan oleh kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru tidak efektif.

Pembelajaran Sains dan Perdagangan adalah sesuatu yang berkait rapat dengan konsep serta memerlukan kefahaman yang jelas untuk dikaitkan dalam kehidupan seharian. Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah Melalui Tayangan Video dapat membantu pelajar dalam memahami serta menguasai konsep yang telah dipelajari dengan baik. Penguasaan ini dapat membantu pelajar dalam mengaplikasikan konsep tersebut pada permasalahan semasa yang dinyatakan samada dalam perbincangan mahupun peperiksaan. Pendekatan ini juga dapat membantu pelajar dalam mengingat sesuatu fakta dengan baik di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik.

TUGASAN 4: MINI KAJIAN TINDAKAN

TAJUK YANG DIPILIH:

Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) Melalui Tayangan Video
Oleh;
(Farizan, Jumarni, Noorasmah)


Permasalah kajian:

Subjek Sains dan Perdagangan merupakan dua subjek yang banyak melibatkan konsep dan fakta yang perlu diketahui oleh setiap pelajar bagi mencapai matlamat dan objektif pembelajaran bagi subjek tersebut. Walau bagaimanapun, kebanyakan pelajar mengalami masalah dalam mengingat dan memahami konsep dan fakta yang telah dibincangkan. Salah satu faktor yang menyumbang kepada permasalahan tersebut adalah disebabkan oleh kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru tidak efektif. 

Pembelajaran sains dan Perdagangan adalah sesuatu yang berkait rapat dengan konsep serta memerlukan kefahaman yang jelas untuk dikaitkan dalam kehidupan seharian. Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah Melalui Tayangan Video dapat membantu pelajar dalam memahami serta menguasai konsep yang telah dipelajari dengan baik. Penguasaan ini dapat membantu pelajar dalam mengaplikasikan konsep tersebut pada permasalahan semasa yang dinyatakan samada dalam perbincangan mahupun peperiksaan. Pendekatan ini juga dapat membantu pelajar dalam mengingat sesuatu fakta dengan baik di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik.



AHLI:
FARIZAN AHMAD                                P52043
JUMARNI SYAMSUDDIN                    P52035
NOORASMAH KARIM                         P52046

Sunday, November 1, 2009

TUGASAN 3 : KOLOKIUM DPLI JANUARI 09 : ULASAN PEMBENTANGAN KAJIAN TINDAKAN DI PALM GARDEN HOTEL



  
MENINGKATKAN PENGUASAAN PELAJAR DALAM PENILAIAN PERKARA ASAS FARDHU AIN (PAFA) MELALUI KAEDAH PENULISAN 

OLEH: TENGKU MOHD HAMDAN BIN TENGKU IBRAHIM & ANIS FIRDAUS BIN ABD MAJID

a. Pernyataan Masalah 
Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) dijalankan secara amali oleh kebanyakan guru-guru mata pelajaran Pendidikan Islam. Pendekatan yang digunakan ini dilihat mempunyai kelemahan dari segi penguasaan dan penghayatan di kalangan pelajar. Kajian ini dilakukan untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam PAFA melalui kaedah penulisan, menimbulkan dan menyuburkan keinsafan untuk menghayati amalan kehidupan seharian dan mengenalpasti dan membimbing pelajar yang lemah dalam kefahaman dan amalan PAFA.

b. Metodologi Kajian 
Metodologi 
Kajian ini dilaksanakan berdasarkan Model Kemmis dan McTaggart (1998). Menurut model ini, kajian tindakan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan melibatkan empat peringkat iaitu refleksi, merancang, bertindak dan memerhati. Rekabentuk kajian dijalankan secara cuba jaya dengan menggunakan pendekatan penulisan berbanding secara lisan sahaja. Pelajar diminta menjawab soalan pra ujian dan pos ujian mengikut format ujian sebenar. Kaedah temubual juga dilakukan terhadap pelajar dan guru untuk mendapatkan maklum balas kaedah ini.

Setting Kajian 
Kajian ini dilakukan di dalam sesi pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Islam untuk satu waktu dalam seminggu selama 3 minggu.

Sampel Kajian 
Kajian dilakukan ke atas 32 orang pelajar tingkatan 1 SMK Pantai Sepang Putra yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Islam dan 2 orang guru Pendidikan Islam di sekolah yang sama.

c. Pengumpulan dan Analisis Data 
Data dikumpul berdasarkan markah pra dan pos ujian. Berdasarkan refleksi ujian PAFA yang telah dijalankan pada peringkat awal, pelajar diberikan ujian formal mengikut format sebenar. Hanya selepas seminggu ujian dijalankan, pelajar diminta menjawab soalan ujian yang sama. Didapati bahawa hanya 9 orang daripada 32 orang pelajar yang berjaya memberi jawapan terbaik. Selepas kaedah penulisan didedahkan, peningkatan kepada 16 orang pelajar mampu menjawab dengan baik berbanding kaedah lisan yang mereka gunakan. Melalui temubual yang telah dijalankan ke atas pelajar, dapatan kajian menyatakan bahawa kaedah penulisan secara tidak langsung mampu menguatkan ingatan pelajar terhadap PAFA berbanding secara hafalan dan lisan. Berdasarkan temubual guru pula, mereka berpendapat kaedah ini berkesan untuk mengetahui amalan PAFA oleh pelajar dalam kehidupan mereka.

d. Implikasi Kajian 
Walaupun kaedah penulisan ini merupakan suatu kaedah yang biasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran, namun bagi pengajaran yang melibatkan hafalan adalah sesuai keadah ini dilakukan seiring bagi memantapkan ingatan pelajar. Di samping itu, pelajar juga dapat meningkatkan pemahaman mereka kerana sambil mengingat mereka perlu mencatat.

e. Apa Yang Dipelajari Daripada Kajian Ini 
Kajian ini telah sedikit sebanyak membuka fikiran untuk melakukan anjakan paradigma dalam mengubahsuai pendekatan pengajaran kepada yang lain daripada biasa. Umum mengetahui PAFA dijalankan sebagai memenuhi keperluan dalam peperiksaan seperti PMR dan SPM dan tempoh masa yang diperuntukkan untuk menjalankan amali PAFA adalah terhad. Oleh sebab itu, kebanyakan pelajar hanya sekadar menjalankan PAFA untuk lulus dan tidak menghayatinya. Maka, teknik yang diperkenalkan ini, sedikit sebanyak dapat memberi input yang besar kepada pelajar di samping dapat menanamkan keinsafan dan penghayatan dalam diri pelajar.

f. Cadangan Penambahbaikan 
Teknik penulisan perlu diselaraskan untuk penilaian PAFA oleh sebab aras kebolehan pelajar dalam penguasaan ilmu adalah berbeza. Kajian ini memerlukan jangka masa yang panjang kerana PAFA hanyalah sebahagian kecil daripada sukatan pelajaran dan hanya dilaksanakan pada jangka waktu tertentu sahaja. Teknik ini juga perlu dipertingkat dengan lebih sistematik untuk membolehkan penguasaan dan pencapaian pelajar dapat diukur dengan lebih jelas.Seterusnya, kaedah penulisan yang diperkenalkan juga mestilah merujuk kepada aspek penguasaan ilmu yang praktikal dan berkait rapat dengan tujuan asal perlaksanaan PAFA.

g. Ulasan Pembaca
Kajian yang dilakukan oleh pengkaji menepati konsep kajian tindakan. Dari segi penulisan tajuk harus diubah kerana lebih sesuai diletakkan kaedah berbanding objektif kajian. Maka, tajuk yang dicadangkan ialah Pelaksanaan Kaedah Penulisan dalam PAFA.

TUGASAN 3:KOLOKIUM DPLI JANUARI 09 : ULASAN PEMBENTANGAN KAJIAN TINDAKAN DI PALM GARDEN HOTEL






THE EFFECTIVENESS OF STUDENTS TEAMS ACHIEVEMENT DIVISIONS (STAD) IN TEACHING FORM 2 SCIENCE IN VICTORIA INSTITUTION 
BY CHIONG AI HUA & SAW YING YU 

a. Pernyataan Masalah 
Sesetengah pelajar mempunyai mempunyai penumpuan dan minat yang rendah dalam mata pelajaran Sains. Keadaan ini disebabkan kebanyakan guru lebih gemar menggunakan pendekatan sehala iaitu yang berpusatkan guru. Maka, kajian ini dilakukan untuk mengkaji keberkesanan kaedah Pembahagian Pencapaian Kumpulan Pelajar atau Student Teams Achievement Divisions (STAD) sebagai alternatif strategi pengajaran dan pembelajaran dan meningkatkan motivasi serta penglibatan pelajar dalam mata pelajaran Sains.

b. Metodologi Kajian 
Metodologi 
Kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan model Kemmis dan McTaggart (1983). Prosedur yang terllibat ialah pembentangan kelas, perbincangan kumpulan, kuiz, skor individu dan skor kumpulan berdasarkan topik yang telah ditentukan oleh guru. Pembahagian kumpulan dilakukan berdasarkan pencapaian pelajar secara samarata yang melibatkan percampuran pelajar berpencapaian tinggi dan pelajar berpencapaian rendah.

Setting Kajian 
Kajian ini dijalankan di dalam sesi pembelajaran di makmal sains. Tempoh kajian dijalankan mengambil masa selama dua belas (12) minggu. Sampel Kajian Sampel kajian yang digunakan ialah pelajar tingkatan 2 seramai 30 orang.

c. Pengumpulan dan Analisis Data 
Pengumpulan Data 
Data dikumpul berdasarkan markah yang diberikan untuk pembentangan kelas, perbincangan kumpulan dan kuiz. Hasil tambah markah pembentangan kelas dan markah kuiz digunakan untuk analisis data.

Penganalisaan Data 
Pemerhatian terhadap motivasi dan penglibatan pelajar dilihat pada 3 kitaran. Data dikumpul hasil pemerhatian oleh guru-guru lain dan juga ketepatan masa pelajar memasuki makmal. Pada kitar 1, pelajar tidak menunjukkan kesan yang signifikan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka masih belum boleh menyesuaikan diri dengan kaedah STAD. Kerjasama di antara pelajar juga masih belum ketara dalam menjalankan tugasan berkumpulan. Pada kitar 2 dan 3, pelajar menunjukkan perubahan yang positif secara beransur-ansur walaupun berlaku sedikit kesilapan dalam melaksanakan tugasan berkumpulan. Akhirnya, pelajar dapat mencetuskan kreativiti dalam tugasan yang dilaksanakan di samping memupuk semangat kerjasama yang tinggi.

d. Implikasi kajian 
Hasil kajian menunjukkan bahawa kaedah STAD ini telah dapat meningkatkan motivasi dan penglibatan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains. Melalui kaedah ini juga pelajar lebih mudah memahami isi pengajaran kerana wujudnya kerjasama di dalam kumpulan dan dengan bantuan guru sebagai pemudahcara. Kaedah ini juga dapat meningkatkan kemahiran pelajar di samping menambah keyakinan dalam diri mereka.

e. Apa yang Dipelajari daripada Kajian tersebut.
Kaedah ini telah memberi idea baru untuk merancang pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkualiti. Guru bertindak sebagai pembimbing untuk mencetuskan idea dan memberi semangat dan keyakinan kepada pelajar agar mereka lebih berani mengutarakan pendapat sambil berkongsi ilmu dengan rakan-rakan yang lain. Kaedah ini juga bukan sahaja boleh digunakan untuk mata pelajaran Sains sahaja malah boleh juga digunakan untuk mata pelajaran lain yang difikirkan sesuai.

f. Cadangan dan Penambahbaikan 
Terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan kepada kajian ini. Kajian ini sesuai jika dilanjutkan bagi memberi ruang dan masa kepada pelajar untuk menyesuaikan diri dengan pendekatan yang baru dalam pembelajaran mereka. Di samping itu, guru juga akan mempunyai lebih masa dan ruang untuk mengenalpasti kelemahan pelajar dan menrancang suatu pendekatan lain untuk mengatasi kelemahan pelajar tersebut.Selain itu, guru bertanggungjawab mengekalkan motivasi pelajar dengan memberikan peneguhan positif. Guru juga boleh mengubahsuai kaedah ini agar lebih menarik dan mengaplikasikan pendekatan kooperatif yang lain agar gaya pembelajaran mereka pelbagai dan lebih bermakna.

g. Ulasan Pembaca
Kajian yang dilakukan oleh pengkaji menepati dengan konsep kajian tindakan. Namun, dari segi penulisan tajuk harus diperbaiki. Adalah lebih sesuai jika tajuk kajian lebih menumpukan kepada pendekatan yang digunakan berbanding meletakkan objektif kajian agar tajuk kajian lebih ringkas dan padat.

SLAID ULASAN BUKU