Buku
- Action Research Principles and Practice 2nd edition (Jean McNiff)
- Curriculum Action Research a Handbook of Methods and Resources For The Reflective Practitioner 2nd edition (James McKernan)
DEFINISI KAJIAN
Kajian
tindakan adalah merupakan satu penyelidikan yang melibatkan proses
inkuiri refleksi kendiri ke atas sesuatu amalan yang kita fikirkan
perlu ke arah peningkatan dan penambahbaikkan. Kajian ini dilakukan
oleh peserta dalam situasi sosiai itu sendiri (guru/pendidik) melalui
tindakan praktik mereka sendiri yang bertujan untuk mningkatkan kualiti
amalan masing-masing dan meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan
itu serta situasi dimana amalan itu dilkukan. Kajian ini dapat
dijalankan melalui proses mengenal pasti masalah, merancang tindakan,
menilai tindakan yang diambil dari segi keberkesanannya dan akhirnya
hasil kajian akan disalurkan kepada masyarakat untuk kebaikan bersama.
Kajian tindakan juga merupakan satu proses reflektif yang dijalankan secara bertujuan dan bersistematik dan memerlukan satu pembuktian yang untuk menyokong sesuatu kenyataan dan bermatlamat untuk mengubah atau meningktkan amalan.
Kajian tindakan merupakan penyelidikan terhadap sesuatu amalan (practice) yang dirancang dan dilaksanakan untuk melihat kebekerkesanannya dalam mencapai objektif ke arah penambahbaikkan amalan yang sedia ada. Sekiranya hasil kajian adalah berjaya, ianya harus dibentangkan dengan mengemukakan bukti bagi mengukuhkan lagi dakwaan tersebut. Kajian tindakan juga melibatkan pembelajaran melalui tindakan dan refleksi. Ianya juga adalah merupakan penyelidikan yang dilakukan secara berterusan.
Kajian tindakan juga merupakan satu proses reflektif yang dijalankan secara bertujuan dan bersistematik dan memerlukan satu pembuktian yang untuk menyokong sesuatu kenyataan dan bermatlamat untuk mengubah atau meningktkan amalan.
Kajian tindakan merupakan penyelidikan terhadap sesuatu amalan (practice) yang dirancang dan dilaksanakan untuk melihat kebekerkesanannya dalam mencapai objektif ke arah penambahbaikkan amalan yang sedia ada. Sekiranya hasil kajian adalah berjaya, ianya harus dibentangkan dengan mengemukakan bukti bagi mengukuhkan lagi dakwaan tersebut. Kajian tindakan juga melibatkan pembelajaran melalui tindakan dan refleksi. Ianya juga adalah merupakan penyelidikan yang dilakukan secara berterusan.
Sesuatu dinamakan Kajian Tindakan juga adalah apabila;
1. Adanya refleksi dan peningkatan / penambah baikkan kepada kerja /situasi mereka.
2. Wujudnya hubungan antara refleksi dan tindakan
3.
Bukan untuk kepentingan sendiri tetapi untuk orang orang lain yang
berada dalam situasi yang sama
dengan pengkaji. – contohnya, dalam
bidang pendidikan
4. pembelajaran secara progresif yang melibatkan (planning, action, observing, reflecting and replanning)
Asas-asas Proses Kajian Tindakan
- "Review" amalan semasa
- Kenalpasti aspek yang ingin diperbaiki
- "Imagine" tindakan yang akan diambil
- Cuba laksanakan tindakan tersebut dan lihat apa yang akan berlaku
- Daripada hasil yang dicapai, lakukan perubahan pada perancangan dan buat tindakan semua.
- Nilai
hasil kajian dan sekiranya tidak mencapai objektif yang ditetapkan,
modified semula tindakan tersebut sehingga objektif tercapai.
- Adanya refleksi dan peningkatan / penambah baikkan kepada kerja /situasi mereka.
- Wujudnya hubungan antara refleksi dan tindakan
- Bukan untuk kepentingan sendiri tetapi untuk orang orang lain yang berada dalam situasi yang sama dengan pengkaji. – contohnya, dalam bidang pendidikan
- Pembelajaran secara progresif yang melibatkan (planning, action, observing, reflecting and replanning)
Dalam buku James McKernan yang bertajuk "Curriculum Action Research a Handbook of Methods and Resources for the Reflective Practitioner 2nd edition", beliau mendefinisikan kajian tindakan sebagai satu penyelidikan yang melibatkan proses inkuiri refleksi kendiri ke atas sesuatu amalan yang kita fikirkan perlu ke arah peningkatan dan penambahbaikkan. Kajian ini dilakukan oleh peserta dalam situasi sosial itu sendiri (guru/pendidik) melalui tindakan praktik mereka sendiri yang bertujuan untuk mningkatkan kualiti amalan masing-masing dan meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi dimana amalan itu dilakukan. Kajian ini dapat dijalankan melalui proses mengenal pasti masalah, merancang tindakan, menilai tindakan yang diambil dari segi keberkesanannya dan akhirnya hasil kajian akan disalurkan kepada masyarakat untuk kebaikan bersama.
MENGUMPUL DAN MENGANALISIS DATA
- Pengumpulan data dikategorikan kepda tiga kumpulan utama
1. pen dan kertas (nota lapangan/jurnal/diari/soalselidik
2. kaedah langsung (temubual/perbincangan)
3. ostensif (temubual yang dirakam/videotape/pembentangan)
-Penganalisisan data berdasarkan persoalan berikut:
Bagaimana saya memantau tindakan tersebut? Bagaimana saya memerhati dan
menjelaskan tentang apa yang berlaku?
- rekod penulisan tentang perkara dan tindakan yang difikirkan dalam jurnal refleksi
- meminta pandangan orang lain untuk memantau tindakan pengkaji
- berdasarkan maklumat yang diperoleh pengkaji membahagikan dapatan mengikut
kumpulan data tertentu.
- pengkaji menetapkan kriteria tertentu berdasarkan objektif kajian
- Contohnya: Jika tujuan kajian tersebut ingin mengkaji tentang pembinaan hubungan
sekerja di pejabat, satu kriteria ditentukan iaitu sejauh mana rakan-rakan sepejabat saling
menghormati di antara mereka? Kriteria tersebut diperhalusi dan ditumpukan kepada
tingkah laku dan sikap.
0 comments:
Post a Comment