BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 2, 2009

AKTIVITI 10 TUGASAN 1: MENGENALPASTI MASALAH KT

MENGENALPASTI MASALAH

Asas-asas Proses Kajian Tindakan

  1. Mengamati dan mengimbas amalan semasa
  2. Kenalpasti aspek yang ingin diperbaiki
  3. Membayangkan tindakan yang akan diambil
  4. Cuba laksanakan tindakan tersebut dan lihat apa yang akan berlaku
  5. Daripada hasil yang dicapai, lakukan perubahan pada perancangan dan buat tindakan semua.
  6. Nilai hasil kajian dan sekiranya tidak mencapai objektif yang ditetapkan, mengubahsuai  tindakan tersebut sehingga objektif tercapai.



Guru-guru sering mempunyai persoalan yang bermain-main dikotak fikiran mereka yang harus mereka kaji. Namun, persoalan kajian tersebut terhad kepada persoalan yang bermakna dan boleh dilaksanakan dalam tugas seharian mereka. Perancangan yang teliti pada peringkat awal kajian dapat mengelakkan kekecewaan.
Beberapa kriteria perlu diambil kira sebelum memulakan sesuatu kajian:
  • Persoalan yang dipertimbangkan seharusnya berada pada tahap tinggi dan bukan sekadar memenuhi jawapan ya/tidak
  • Kajian yang mudah difahami
  • Kajian yang ringkas dan jelas
  • Kajian yang mudah difahami
 Panduan yang penting dalam memilih persoalan ialah perkara yang mempunyai pengaruh guru. Atau adakah persoalan merupakan sesuatu yang diminati dan berbaloi dengan usaha dan masa yang akan dihabiskan? Kadangkala terdapat juga masalah yang diskret yang telah dikenalpasti. Atau, masalah yang dikaji mungkin hadir disebabkan ketidakselesaan dan tekanan di dalam bilik darjah. Sebagai contoh, guru mempunyai strategi pengajaran yang terbaru dan canggih, namun guru tidak dapat mengenal pasti sejauh mana pengetahuan pelajar dalam pembelajaran.


Bagaimana kajian tindakan boleh dilaksanakan ?

1.KAEDAH PEMERHATIAN DAN PENCERITAAN
a)Data Penceritaan (narrative data)
Pemerhatian menggunakan setting semulajadi tingkahlaku yang dikaji. Contohnya, pengkaji university akan masuk dalam bilik darjah untuk mengkaji kesan projek perintis.

b)Pemerhatian peserta(participant observation)
Amalan kajian yang dilakukan dengan mengambil bahagian dalam kumpulan sosial yang sedang dikaji.

c)Rakaman anekdot(anectodal records)
Merupakan verbatim-penceritaan. Perkara yang bermakna akan diperhatikan dalam setting kajian. Setiap anekdot akan dicatat secepat mungkin selepas ia berlaku.

d)diari/journal
Merupakan dokumen peribadi.

e)Rakaman video(videotape record)

f)fotografi
 
2.TEKNIK BUKAN PEMERHATIAN,TINJAUAN DAN LAPORAN KENDIRI
a) Soal selidik
 
b)Temubual
 
3.KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH DAN ANALISA "DISCOURSE"
a)Perbincangan berkumpulan
 
b)Sumbangsaran
 
4.KAEDAH REFLEKSI-KRITIKAL DAN KAJIAN PENILAIAN
a)Triangulasi
Bertujuan untuk mengukuhkan kebolehpercayaaan dan kesahan kajian daripada bukti yang berbeza supaya perbandingan dapat dibuat. Contohnya triangulasi antara teori konstruktivisme,kaedah serta data iaitu samada pelajar dan pengkaji.




0 comments:

SLAID ULASAN BUKU