BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 4, 2009

AKTIVITI 12: PEMURNIAN

Tajuk Mini Kajian Tindakan
Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) Melalui Tayangan Video
Oleh;
(Farizan, Jumarni, Noorasmah)


Matlamat Kajian
Menarik minat dan penglibatan pelajar dalam proses P&P serta meningkatkan kefahaman dan daya ingatan pelajar terhadap konsep dan fakta dalam matapelajaran Sains dan Perdagangan.


Objektif Kajian

  1. Memudahkan pelajar dalam proses memahami secara konsep secara mendalam tentang sesuatu topik yang dipelajari
  2. Untuk meningkatkan tahap daya ingatan pelajar di dalam mengingati sesuatu konsep dan fakta yang dipelajari.
  3. Menarik minat pelajar untuk memberi tumpuan yang baik terhadap proses P&P yang sedang dijalankan
  4. Menjana pemikiran kreatif dan kritis dalam kalangan pelajar dalam proses pembelajaran.

Persoalan kajian


1.Bagaimana pendekatan pembelajaran berasaskan masalah dapat membantu
   pelajar dalam menguasai serta memahami sesuatu konsep secara
   mendalam? 

2.Adakah pendekatan pembelajaran berasaskan masalah dapat meningkatkan
   tahap daya ingatan pelajar terhadap sesuatu konsep?

3.Adakah kaedah pendekatan pembelajaran berasaskan masalah dapat
   meningkatkan penglibatan dan minat pelajar dalam pembelajaran subjek 
   perdagangan dan sains? 

4.Adakah pendekatan pembelajaran berasaskan masalah dapat menjana 
   pemikiran kreatif dan kritis di kalangan pelajar?

0 comments:

SLAID ULASAN BUKU