Kaedah yang boleh digunakan ialah Pembelajaran Berasaskan Masalah(PBM). PBM
merupakan satu proses pembelajaran di mana masalah merupakan pemandu
utama ke arah pembelajaran tersebut. Boud dan Tamblyn (1980)
mendefinisikan PBM sebagai
...the learning which result from the process of working towards the understanding of, or resolution of, a problem.
Margetson
(1991) pula menganggap PBM sebagai konsep pengetahuan, pemahaman dan
pendidikan secara mendalam berbeza daripada kebanyakan konsep yang
terletak di bawah pembelajaran berasaskan mata pelajaran.
· Bina kerangka teoritikal / konseptual/ operasional kajian
Model
pembelajaran kognitif-konstruktivis dipilih untuk menjadi tunggak utama
dalam kajian ini. Menyelesaikan masalah yang melibatkan peranan
kognitif dalam memproses maklumat yang diperolehi berdasarkan masalah
yang diberikan. Pemahaman pelajar terhadap masalah yang dikemukakan
merupakan aktiviti kognitif di mana pelajar perlu bersikap aktif untuk
berfikir dan ini adalah hasil sumbangan daripada pengalaman atau
pengetahuan sedia ada pelajar.